Sejarah Sekolah

Proses pembinaan Sekolah Menengah Vokasional Muadzam Shah (SMVMS) bermula pada 4 Julai 1989 di datarankKaki Bukit Redang dengan keluasannya 54 ekar dan kos pembinaan sebanyak 18.8 juta. Pembinaannya mengambil masa selama 104 minggu. Pada Disember 1991, bangunan ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan.

SMTVS telah memulakan sesi persekolahan pada tahun 1993 dengan bilangan pelajar pertamanya seramai 179 orang iaitu 149 pelajar aliran vokasional dan 30 orang pelajar aliran Sijil Kemahiran Malaysia. Khususnya ialah binaan bangunan untuk pelajar vokasional dan pemasangan paip serta pembuatan perabot untuk SKM. Jumlah guru dan staf sokongan pada tahun pertama beroperasi ialah seramai 37 orang. Kakitangan akademik dan teknikal seramai 28 orang dan kakitangan pentadbiran seramai 9 orang.

Pada tahun 1997, sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah (SMTMS). Proses menaik taraf ini telah melibatkan perbelanjaan sebanyak 5.8 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 2000. Pada tahun 1997, pengambilan pelajar aliran teknik seramai 142 orang sementara aliran vokasional seramai 194 orang. Jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 336 orang dan bilangan guru pula seramai 44 orang.

 SMTMS telah menempuh pelbagai kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum dan kurikulum di peringkat daerah hinggalah ke peringkat kebangsaan. Pelbagai usaha telah di buat untuk memajukan dan membangunkan SMTMS. Tidak ketinggalan usaha untuk memantapkan lagi peribadi insan. Usaha mewujudkan sekolah dalam taman indah, asrama yang harmonis dan ceria serta berupaya melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan merupakan matlamat jitu setiap pendokong wawasan SMTMS.

Kini, bermula januari 2012, SMTMS sekali lagi telah mengalami transformasi iaitu dengan pengambilan seramai 112 orang pelajar baru Kolej Vokasional untuk program diploma selama empat tahun. Selama empat tahun nanti pelajar akan didedahkan sistem pelajaran secara kolej dan latihan industri. Mulai 2012, SMTMS akan bertukar terus menjadi Kolej Vokasional sepenuhnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kronologi

4 Julai 1989
SM Vokasional Muadzam Shah (SMVMS) mula ditubuhkan. Pembinaannya di dataran kaki dataran Bukit Ridan, Muadzam Shah di atas tanah seluas 54 ekar yang mengambil masa selama 26 bulan.

Disember 1991
Penyerahan bangunan sekolah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

1992 – 1997
Pengetua pertama
(En. Azizi b. Lin)
Sesi persekolahan pertama SMVMS bermula. Pelajar perintis seramai 179 orang dengan 149 pelajar aliran vokasional dan 30 orang pelajar aliran Sijil Kemahiran Malaysia. Penawaran kursus Binaan Bangunan untuk pelajar aliran vokasional, kursus Pemasangan Paip dan Pembuatan Perabot untuk pelajar Sijil Kemahiran Malaysia. Permulaan guru seramai 37 orang (28 orang guru akademik dan teknikal) dan 9 orang kakitangan pentadbiran.

1997 – 1999
Pengetua kedua
(Tn. Hj Ahmad b. Ibrahim)
Kerja-kerja menaik taraf SMVMS kepada SMTMS dengan kos RM 5.8 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 2000.

1999 – 2004
Pengetua ketiga
(Pn. Hjh. Rokiah binti Mat Yaman)
Pengambilan pelajar ditingkatkan seramai 142 orang aliran teknikal dan 194 orang pelajar bagi aliran vokasional.

Jun 2004 – Oktober 2009
Pengetua keempat
(Tn. Hj. Hashim b. Puteh)
Proses penambahan pelajar sehingga 336 orang pelajar dan guru seramai 44 orang. Pelbagai usaha telah dilaksanakan ke arah keceriaan dan kecemerlangan SMTMS disamping tidak ketinggalan untuk memantapkan keperibadian modal insan.


Oktober 2009 hingga kini
Pengetua kelima
(En. Azmi bin Ismail)
Ke arah kecemerlangan sekolah, bilangan pelajar kini seramai lebih daripada 450 orang pelajar dan 72 orang guru serta 18 orang kakitangan.

1 comment:

  1. saya belajar di zaman Tn Haji Hashim bin Puteh memegang jawatan pengetua di SMTMS. Beliau seorang peramah dan melayan pelajar dengan baik. Tidak lupa juga pada cikgu Yusof, yang banyak bersama kami pada setiap kali aktiviti di surau.

    ReplyDelete