KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam menghantar telegram kepada Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatakan rasa tidak puas hati kesatuan itu kerana tiada peruntukkan untuk bonus dalam Bajet 2011.
Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya juga mahu mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung isu itu.
Permintaan Cuepacs agar kerajaan membayar bonus kepada kakitangan awam bukan sesuatu yang keterlaluan kerana ia mengambil kira pengorbanan dan sumbangan mereka dalam membangunkan negara,” katanya. Omar berharap permintaan CUEPACS akan dihalusi oleh Najib selaras dengan prinsipnya untuk mendahulukan rakyat dalam semua perkara.
“Pada 2009, apabila kita meminta kerajaan memberi bonus kepada pekerja awam, Perdana Menteri memanggil kita (CUEPACS) dan menerangkan bahawa kerajaan tidak mampu untuk membayar bonus kerana berdepan dengan kemelut ekonomi.
“Kita akur dengan penjelasan beliau dan menerimanya dengan hati terbuka kerana kerajaan berjanji akan menimbangkan semula permintaan itu apabila ekonomi pulih.
“Tapi sekarang ekonomi negara kembali mantap, dan apabila kakitangan awam menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak RM500, kita menunggu-nunggu pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji tetapi malangnya tidak ada.
“Hari ini kita bermesyuarat dan memutuskan untuk mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri dan kita hantar telegram petang ini juga,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Omar berharap permintaan CUEPACS akan dihalusi oleh Najib selaras dengan prinsipnya untuk mendahulukan rakyat dalam semua perkara.
Petikan: Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment